About Me

My photo
Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
Allah's servant.

Tuesday, January 20, 2009


MUQADDIMAH

Alhamdulillahirabbil’alamin segala pujian bagi Allah tuhan yang mengatur seluruh umat manusia, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW.

Setiap manusia mestilah pergantungannya tidak lain hanya kepada Allah SWT. Abah tanamkan ke dalam jiwa anak-anak mengikut acuan Islam berdasarkan Al-quran dan hadis nabi SWT dan selalu berdoa menadah tangan kepada yang Maha Esa sejak mula kahwin dan sebelum Ma mengandung dan juga sepanjang masa mengandung sehinggalah melahirkan anak dan seterusnya anak-anak membesar agar dikurniakan Allah SWT anak-anak yang soleh solehah dan diredhainya.

Di antara doa-doa tadahan kepada Ilahi adalah seperti berikut:

  1. Minta Allah SWT jadikan anak yang soleh solehah.
  2. Minta Allah SWT jadikan anak yang beriman takwa dan taat.
  3. Minta Allah SWT jadikan ulama’ terkenal.
  4. Minta Allah SWT jadikan anak menegakkan syariat dan syiar-syiar Allah di muka bumi ini.
  5. Minta Allah SWT jadikan anak yang berjaya di dunia dan di akhirat.
  6. Minta Allah SWT jadikan zuriat QURRATUL A’KYUN (penyejuk mata hati).
  7. Minta Allah SWT jadikan anak mendirikan sembahyang.
  8. Minta Allah SWT berikan anak yang imannya mengatasi iman orang-orang di zamannya.
  9. Minta Allah SWT berikan anak yang ilmunya mengatasi ilmu orang-orang di zamannya.
  10. Minta Allah SWT berikan anak yang takwanya mengatasi takwa orang-orang di zamannya.

25 Disember 1983, hari Ahad di Hospital Daerah Ranau Sabah. Waktu itu dengan ramai jururawat bercuti terutama yang beragama Kristian disebabkan:

1. Cuti hari Krismas

2. Cuti hari minggu (Ahad).

Kira-kira jam 11.00 di pagi tersebut lahirlah bayi lelaki anak keempat dalam erti kata anak ketiga kerana yang sulung meninggal tiga hari selepas lahir. Kelahiran anak ini dalam keadaan kelam kabut disebabkan kekurangan jururawat yang bertugas, yang ada hanya bersama Ma dalam wad bersalin pada waktu itu hanyalah seorang amah hospital. Amahlah yang berkejaran mencari jururawat.

Abah namakan bayi baru itu dengan sebutan ZUMRATULLAH BIN ZAKARIA. Diambil sempena doa dalam kitab Qaulul Jamil karangan Syah Waliullah Addihlawi, doanya berbunyi:

Ertinya: Ya Allah ya Tuhanku kurniakan kepada kami taufiq untuk mencapai jalan-jalan

kejayaan, himpunkanlah kami semua dalam kumpulan aulia-auliaNya dengan

limpah rahmatMu wahai Tuhan yang amat penyayang.


Dari kalimah yang membawa makna ”Kumpulan aulia-auliaNya, Abah ambil sempurna kalimah ini dengan sebutan ZUMRATULLAH. Ertinya orang dalam kumpulan Allah.

No comments:

Post a Comment