KEADAAN SEMASA KECIL
Perangai Zu seperti biasa sama dengan kanak-kanak lain juga tidak nakal dan tidak ganas. Kalau pergi ziarah ke rumah kawan-kawan, dia hanya duduk di satu tempat dan tidak banyak berjalan kesana kemari. Barang-barang perhiasan di rumah orang tidak pernah disentuhnya sebaliknya hanya dilihat dengan mata sahaja. Berbeza dengan adiknya Aminul Furqan yang kalau di rumah orang, kakinya laju berjalan kesana kemari dan barang-barang perhiasan pasti ada yang dipegang dan ditilik. Apabila Zu nampak hal ini dia berkata ”Dik jangan kacau barang orang.” Jika ada yang tidak indah di matanya, akan diadu kepada Ma.
Kalau nak tidur memang susah terutama di siang hari. Terpaksa dibawa bersiar dengan kereta terlebih dahulu. Bila dah tertidur di atas kereta, barulah diangkat keatas rumah. Seandainya juka belum lena, diangkat dan tejaga semula maka terpaksa round sekali lagi hingga dia betul-betul lena baru diangkat naik ke rumah.
Makan selalu meratah ayam goreng paha atau dada tinggal tulang, dapat dihabiskan semuanya. Satu ketika dulu, ketika selesai makan ayam goreng terpaksa diangkat kerana tidak mampu bangun kerana terlalu kenyang. Sifat suka meratah lauk ayam atau ikan hinggalah ke akhir hayatnya.
Di kala ini Zu baru pandai bercakap perkataan AYAM. AYAM disebut sebagai ADAM kalau dia mahu makan ayam. Kawan-kawan abah yang tua terutama Ustaz Haji Ibrahim, Ustaz Majid dan lain-lain selalu bergurau dengannya, ’Zu makan adam, mahu adam?’. Dia menjawab kalau terasa ingin menjawab dan tidak jika tidak ingin menjawab. Setelah besar sedikit barulah pandai sebut ayam dengan betul.
KEHIDUPAN ZU
Abah didik Zu dan anak-anak lain tidak salah didikan iaitu mengikut cara acuan Islam sebenar menepati arus dunia dan akhirat sebab dunia adalah jambatan menuju akhirat. Hantar belajar ke sekolah agama rendah kebangsaan serentak juga ke sekolah rendah ugama Islam. Di Sabah beruntung kerana ada sekolah agama dari darjah satu hingga darjah enam. Seterusnya ke peringkat menengah, belajar sekolah agama samada pagi atau petang mengikut sesi persekolahan masing-masing, pendidikannya sehingga menjejaki ke UIA.
Januari 1989, ke tahap satu di Sekolah Rendah Kebangsaan Pekan Ranau, Sabah. Manakala sebelah petang belajar di sekolah Ugama Islam Pekan Ranau. Di Sekolah Ugama (SUIS), lompat dari darjah tiga kelima. Pada tahun enam mengikuti peperiksaan SRU (SIJIL RENDAH UGAMA). Oleh kerana awal dan muda setahun, masa petang free maka sekali lagi abah hantar mengikuti tahun enam menduduki peperiksaan SRU untuk kali kedua.
Zu tamat mengaji Quran umur 12 tahun dengan tajwid asas Abah sendiri yang mengajarnya. Tamat tahun enam di sekolah rendah kebangsaan dan ugama, abah hantar ke Kelantan ke Sekolah Menengah Ugama (Arab) Maahad Muhammadi Lelaki. Mula-mula tinggal di asrama, rumah yang disewa khas oleh sekolah untuk dijadikan asrama. Sehari dua tinggal di sana, Zu memberitahu tidak mahu tinggal di asrama lagi kerana kawan-kawan berperangai ganas, bising, suka bergurau, tidak mendengar kata, maka pindah dan duduk di rumah di rumah mak saudaranya Aminah binti Mahmood di depan sekolah Maahad juga hanya raya sahaja yang memisahkan sekolah dan rumah.
Zu tinggal di sana beberapa tahun bersama kawan anak mak saudaranya, namanya Lee dan Dania. Abah hantar duit hanya sekadar cukup untuk perbelanjaan, Abah bukan orang kaya. Zu adalah seorang budak yang berakhlak terpuji, berkawan dan merayau tidak seperti budak-budak lain.
Zu dikacau oleh penjahat:
Pada suatu hari, Zu pergi ambil duit di BSN sebanyak RM 50. selepas itu ada seorang lelaki yang tidak dikenali mendekati Zu. Katanya, ”Kau ke yang bergaduh hari tu? Mari sini adoa orang nak kenal.” Jawab Zu, ”Saya tok bergaduh.” Orang itu ambil beg dan ambil duit RM 50. orang itu tarik Zu sampai ke Jaafar Rawas, lorong masuk ke dalam. Katanya, ”Kau jangan lari, duit kau ada dengan aku. Aku nak pergi panggil orang yang nak kenal kau tu.” Bila orang tu pergi, Zu pun lari balik ke rumah(rumah mak saudaranya, Cik Noh di Padang Bongor). Selepas itu Zu demam kerana ketakutan. ALHAMDULILLAH SELAMAT.
Semasa di tingakatan empat, Zu minta motosikal untuk memudahkan berulang-alik ke tempat-tempat tuisyen, balik ke Kampung Tanjung Chat dan untuk urusan-urusan penting. Abah beli sebuah motosikal second hand jenis Honda EX5 dengan harga RM 3000. ma pinjam duit abangnya (Nordin), RM 1000. bila nak bayar, tidak disuruh bayar sebagai sedekah kepada Zu.
Dengan tiket SPM dapat sambung masuk ke Yayasan Pelajaran Mara (sekarang Kolej Polytech Mara) di Pahang ambil bidang kejuruteraan awam. Belajar di sana satu semester tidak puas hati dan minta izin nak berhenti dan sambung aliran agama. Pelajar-pelajar di sana tak berakhlak, tak senonoh, katanya ini tak boleh jadi. Pelajar-pelajar tersebut bukan berasaskan agama seperti tak sembahyang dan berbagai-bagai kerenah yang tidak menyenangkan. Lalu Zu ambil jalan keluar sambung belajar agama, masuk tingkatan enam ambil sijil STAM. Minta sambung semula di sekolah Maahad, tidak diterima kerana telah dikira keluar sekolah. Maka dapat diterima masuk di Maktab Pengajian Islam Jalan Bayam. Setahun di sana, ambil peperiksaan STAM.
Dengan tiket STAM, dapat sambung belajar ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) ambil bidang undang-undang. Abahlah yang memberi sokongan kuat supaya ambil bidang tersebut kerana peguamlah yang dapat menghadapi cabaran berdepan dengan dunia antarabangsa dan akan yang akan berlawan dengan hujah dunia.
Sepanjang menduduki peperiksaan, Zu selalu telefon Ma dan Abah minta maaf atas kesilapan dan kesalahan yang berlaku serta minta sembahyang hajat minta doa untuknya semoga berjaya.
Zu merupakan satu-satunya anak permata cita-cita harapan yang akan mengambil alih kuasa politik tanah air Malaysia merangkumi Asia Tenggara seterusnya menakluki dunia timur dan barat yang akan mengubah corak, menebus semula keagungan dan kegemilangan Islam yang telah dicemar dan dihancur sekian lama bagi menuju ke suatu corak kebenaran beracuan patuh tunduk di bawah kuasa Pencipta yang Maha Kuasa Allah SWT di bawah panji-panji Islam sejati.
Umat Islam jangan rasa terkejut dengan ungkapan tersebut yang mengatakan perkara ini tidak mungkin wujud lagi iaitu kegemilangan Islam di zaman kini. Ini adalah virus penjajah kuffar menabur dalam hati jiwa dan pemikiran darah daging umat Islam supaya umat Islam tidak bangun menguasai dunia, lena dan terus lena, bisu, membisu dan dibisukan. Kenapa? Dan kenapa? Tidak ada yang lahir dari pembelaan umat Islam. Putus asa menjalar dan membiak dalam diri umat Islam yang akan dihapus dan dihancurkan sehancurnya dari akar umbi darah daging umat Islam.
Ini lahir dari hati seorang bapa yang turun menjalar dalam darah daging dan jiwa Zumratullah serta seluruh muslimin yang akan bangkit demi menghancurkan arahan kuffar dunia hari ini agar diganti mengikut arahan Al-quran.
Kalau Zakir Husin adalah seorang ulama yang dapat menawan hati rakyat India, yang tebal dengan adat resam hindu dan beragama Budha dapat menjadi Presiden India pada masa itu, kenapa umat Islam lain masih lena tidur dan tidak bangun meletakkan Islam di puncak tertinggi dan terhormat.
Harapan ini hancur berkecai buat sejenak waktu kerana Zu dijemput Tuhan Rabbul Alamin untuk menanggung tugasnya yang lebih terhormat dan kekal menunggu keluarga sanak saudara di alam sana, yang akan diganti oleh orang lain mengambil tempatnya di dunia ini.
Syah Waliullah Addihlawi berkata dalam kitabnya Hujjatullah Al-balighah berbunyi:
Ertinya: Mereka di nama pembesar di alam malakut.
Jelas bahawa ada dari kalangan manusia yang Allah lahirkan secara tidak khusus dalam satu zaman ke satu zaman, yang akan memelihara dan membela Islam unyuk tidak terkubur di muka bumi ini. Ada pun orang yang khusus tidak lain dan tidak bukan ialah nabi besar Muhammad SWT. Manakala pewaris-pewarisnya itulah sebagai pemelihara yang tidak khusus.
Oleh itu saudara-saudari, kaum muslimin dan muslimat bangkitlah menyambung benih perjuangan jihad yang disalur melalui Zumratullah. Harus diingat bahawa perjuangan kita bagi menegakkan syiar Islam tidak akan tamat sampai bila-bila. Masa yang menjadi kewajipan ke atas umat Islam semua. Firman Allah SWT dalam surah Al-insyirah ayat7:
Ertinya: Maka apabila engkau selesai satu perjuangan maka engkau alihkan kepada satu
perjuangan lain pula. Dan kepada Tuhan engkau hendaklah engkau gemari.
Apabila tamat satu perjuangan, maka alihkanlah kepada saru perjuangan lain pula. Iaitu apabila Islam dapat menawan satu negeri maka hendaklah tawan negeri lain pula. Bila dapat tawan satu negara maka hendaklah tawan negara lain pula dan begitulah seterusnya.
Beginilah hakikat rahsia dua buah payung yang Abah dapati dalam satu ’bisyarah’ selepas pengkebumiannya iaitu satu payung di dunia dan satu payung di akhirat. Payung dinia agar kita mesti berteduh di bawah naungan Al-quran dan di akhirat berteduh kerana hasilnya.
Pemergiannya memberi laluan yang lebih banyak kepada pejuang-pejuang dan ahli-ahli jihad yang lebih kuat demi menjayakan cita-cita Islam. Bak kata ringkasnya, ’kalau tak mati orang tak sedar’.
Sekarang wahai umat Islam bangunlah, sedarlah, susunlah langkah-langkah Al-quran. Isilah dadamu sepenuh-penuh jihad agar Islam kembali bersinar memancar cahaya keemasan bagi menghadapi abad dan arus dunia baru hari ini. Jangan anggap kematian itu perkara biasa dan melemahkan. Ingatlah kata-kata Abah:
’SEORANG PERGI SERIBU MUNCUL’
Begitulah tadbir Allah untuk menyampaikan kepada matlamat yang jitu. Setiap langkah ada hikmatnya, dan inilah hikmat Allah:
Ertinya: Inilah hikmat Tuhanku.
Zu diganggu makhluk halus
Suatu masa dulu, Zu telefon Abah dan ceritakan yang dia selalu sakit-sakit badan dan kepala yang agak kuat. Katanya, pada suatu masa Zu ada berdoa minta pada Allah diberikan ilmu pengubatan untuk mengubat Ma dan keluarga (waktu itu tahap kesihatan Ma agak teruk). Doa itu dikabulkan Allah. Maka datanglah pahlawan Islam kepadanya. Kemudian datang pula gangguan buruk kepadanya (sakit-sakit badan dan kepala).
Dalam bulan enam 2008, Zu pergi jumpa bapa saudaranya di Kajang (Mohd. Saidi atau Ayah Su) supaya mengubatnya (setelah rawatan doktor tidak memberi apa-apa kesan positif) terutama gangguan buruk yang berlaku terhadapnya.
Zu menceritakan hal terebut kepada Ayah Su. Tambah Zu lagi kalau boleh nak tukar nyawa Ma dengannya asalkan Ma sihat, dia sanggup. Kata Di (Mohd. Saidi), kekuatan Zu tidak sepadan dan tak dapat menanggung ilmu tersebut. Semasa Di mengubati Zu, Di suruh Zu berzikir, yang keluar zikir itu bukan suara Zu tetapi suara pahlawan Islam tersebut. Suara itu datangnya bukan melalui mulut tetapi suara zikir itu keluar dari dalam dada.
No comments:
Post a Comment